Monday 28 November 2011

PROGRAM LINUS

APA MAKSUD PROGRAM LINUS ?
Akronim kepada perkataan LI (Literasi), NU (Numerasi) dan S (Screening – Saringan). Jadi maknanya Program Saringan Literasi dan Numerasi.

Program ini dirancang dan dibentuk sebagai penambahbaikan program sedia ada (KIA2M), memastikan semua murid Tahun 1 pada 2010menguasai asas membaca, menulis dan mengira pada akhir tahun 3 menjelang Tahun 2011.

DEFINISI LITERASI
Keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan dan ayat serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi harian.

KEMAHIRAN ASAS LITERASI
TAHUN 1 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima 500 patah perkataan dan ayat mudah.
TAHUN 2 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima 800 patah perkataan dan ayat mudah menggunakan kata sendi.
TAHUN 3 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima 1000 patah perkataan dan ayat mudah dengan kata sendi dalam satu perenggan.

12 KONSTRUK YANG DIUKUR DALAM SARINGAN LITERASI
Konstruk 1 : Keupayaan membaca dan menulis huruf vokal dan konsonan.
Konstruk 2 : Keupayaan membaca dan menulis suku kata terbuka.
Konstruk 3 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata terbuka.
Konstruk 4 : Keupayaan membaca dan menulis suku kata tertutup.
Konstruk 5 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata tertutup.
Konstruk 6 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata tertutup ‘ng’.
Konstruk 7 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi diftong
Konstruk 8 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi vokal berganding.
Konstruk 9 : Keupayaan menulis perkataan yang mengandungi digraf dan konsonan bergabung.
Konstruk 10 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang berimbuhan awalan dan akhiran.
Konstruk 11 : Keupayaan membaca dan menulis ayat mudah.
Konstruk 12 : Keupayaan membaca, memahami dan menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan.

DEFINISI NUMERASI
Keupayaan untuk melakukan operasi asas matematik dan memahami idea matematik yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam kehidupan harian.


KEMAHIRAN ASAS NUMERASI

TAHUN 1
- Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira mengikut turutan nombor hingga 50.
- Operasi asas : Faham fakta asas tambah dan tolak
- Aplikasi : Mengira wang hingga RM 10, memahami masa dan ukuran asas

TAHUN 2
- Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira turutan nombor hingga 100
- Operasi asas : Faham fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi
-Aplikasi : Mengira wang hingga RM 50, memahami waktu dalam jam dan mengukur panjang/pendek objek

TAHUN 3
- Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira mengikut turutan nombor hingga 1000.
- Operasi asas : Faham fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi
- Aplikasi : Mengira wang hingga RM 100, memahami waktu dalam jam dan minit serta mengukur objek dalam unit piawai

12 KONSTRUK YANG DIUKUR DALAM SARINGAN NUMERASI
Konstruk 1 : Keupayaan pra nombor dan mengenal angka
Konstruk 2 : Keupayaan membilang
Konstruk 3 : Keupayaan memahami nilai nombor
Konstruk 4 : Keupayaan membuat seriasi
Konstruk 5 : Keupayaan mengenal mata wang Malaysia
Konstruk 6 : Keupayaan menyatakan waktu
Konstruk 7 : Keupayaan mengendalikan operasi asas
Konstruk 8 : Keupayaan mengendalikan operasi asas melibatkan mata wang Malaysia
Konstruk 9 : Keupayaan mengukur panjang objek, jisim objek dan isipadu.
Konstruk 10 : Keupayaan menterjemah ayat biasa kepada ayat matematik dan sebaliknya
Konstruk 11 : Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian terhad kepada nombor bulat
Konstruk 12 : Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian melibatkan mata wang, masa dan ukuran panjang.

Saturday 26 November 2011

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MATEMATIK

 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MATEMATIK
Subjek             :           Matematik
Tarikh              :           18.11.2011
Masa               :           09.00-10.00 pagi
Kelas               :           4 Setia
Bilangan pelajar :        25 orang
Topik               :           (4) Wang Hingga RM 10 000.
Topik kecil       :           (4.2) Penambahan Melibatkan Wang Sehingga RM 10 000
Pengetahuan sedia ada: 
(i)            Murid sudah memahami operasi tambah
(ii)           Murid sudah mengetahui memahami penentuan nilai wang sehingga RM1 000
Objektif pembelajaran : Di akhir pembelajaran ini, murid dapat:
(i)            Menambah dua nilai wang, hasil tambah hingga RM 10 000.
(ii)           Menambah hingga lima nilai wang, hasil tambah hingga RM 10 000.
(iii)          Menganggar jumlah nilai wang hingga RM 10 000.
(iv)         Menyelesaikan masalah operasi tambah yang melibatkan wang dalam situasi harian.
Nilai-nilai murni : Bekerjasama dalam kumpulan, kerajinan, berani mencuba
Bahan bantu mengajar : gambar, wang  
Bahan rujukan: Huraian Sukatan Pengajaran (HSP) Tahun 4, Buku Teks Matematik Tahun 4


Langkah-langkah
Isi pelajaran
Aktiviti/kaedah penyampaian
Catatan
Set Induksi
(5 minit)

Mengingat kembali cara-cara menentukan nilai wang sehingga RM 1 000
i.              Murid-murid dibahagikan kepada 5 kumpulan kecil.
ii.             Guru menunjukkan jumlah wang dalam bentuk nombor dan simbol dan menyoal murid-murid untuk menyebut dan menulis jumlah wang tersebut dalam bentuk perkataan dan simbol.
Contoh: RM 1 987.60
Cara menyebut : Seribu sembilan ratus lapan puluh tujuh ringgit enam  puluh sen.

Langkah 1
(5 minit)
Menambah dua nilai wang, hasil tambah hingga RM 10 000.
i.              Guru akan memberitahu murid-murid mereka akan belajar cara-cara untuk menambah dua nilai wang yang menghasilkan sehingga RM 100 000.
ii.             Guru menggunakan aktiviti harian untuk mengaitkan proses ini seperti akaun simpanan
Contoh:
Wang simpanan Shima = RM 3 461
Wang simpanan Zuhri = RM 5 820
Jumlah wang simpanan =
RM 3 461 + RM 5 820
= RM 9 281

Langkah 2
(7 minit)
Menambah hingga lima nilai wang, hasil tambah hingga RM 10 000.

i.              Guru memberi penerangan mengenai cara-cara menambah hingga lima nilai wang yang menghasilkan sehingga RM 10 000.
ii.             Guru menunjukkan 5 jenis gambar contohnya  komputer, mesin fotostat,, radio, rantai mutiara dan juga televisyen beserta nilai harga.
iii.            Murid-murid dikehendaki menjumlahkan kelima-lima barangan tersebut dalam tempoh masa 3 minit.
iv.           Murid yang dapat menyiapkan soalan yang diberikan paling awal diminta untuk menulis jawapan di hadapan. 

Langkah 3
( 8 minit)
Menganggar jumlah nilai wang hingga RM 10 000.

i.              Guru menggunakan lima gambar yang telah ada dan mengedarkan setiap satu gambar tersebut untuk setiap kumpulan.
ii.             Guru mengarahkan wakil untuk dua kumpulan tampil ke hadapan dan menunjukkan gambar masing-masing dan murid yang lain dikehendaki menganggar jumlah harga 2 benda tersebut dan memberikan jawapan dengan cepat dan tepat.
iii.            Aktivti diulang dengan memanggil wakil kumpulan lain untuk tampil ke hadapan bersama gambar masing-masing.

Kesimpulan
(5 minit)
Rumusan pengajaran
i.              Akhir sekali, guru akan memberi rumusan untuk keseluruhan pengajaran  tajuk ‘Penambahan melibatkan wang hingga RM10 000’.
ii.             Murid-murid diberi kertas latihan.



Refleksi: ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………






Latihan
A.    Sebutkan jumlah wang berikut. Kemudian, tulis jumlah wang itu dalam perkataan.
1.    RM 1438
2.    RM 2 635.70
3.    RM 4 290.35
4.    RM 3 078. 95
B.    Tulis dalam bentuk angka.
1.    Tiga ribu lima ratus tujuh puluh dua ringgit
2.    Dua ribu empat ratus lapan puluh satu ringgit tiga puluh sen
3.    Empat ribu Sembilan puluh enam ringgit dua puluh sen
4.    Satu ribu dua ratus empat ringgit lima sen
C.   Jawab seoalan penyelesaian masalah berikut.
1.    Sejak Dr. Hamid mula bekerja 4 bulan yang lalu, dia menyimpan sebahagian daripada gajinya setiap bulan. Dia menyimpan RM 750 pada bulan pertama, RM 930 pada bulan kedua, RM 1035 pada bulan ketiga dan RM 1145 pada bulan keempat. Berapakah jumlah wang yang disimpan dalam tempoh empat bulan itu?
2.    Gaji bulanan Encik Ismail ialah RM 4 095 pada tahun lalu. Mulai tahun ini, gajinya dinaikkan kepada RM 4 310. Berapakah kenaikan gaji Encik Ismail?